Sunday, February 22, 2009

percaya atau tidak???


salah sebuah buku yang telah ditulis oleh uncle... di belakang buku tersebut uncle sanggup di bawa ke pengadilan... buku ini membongkar rahsia tentang makanan di restoran mamak...

ni satu lagi....





ni satu lagi aku nak citer kat semua... kita semua dah biasa pergi ke restoran mamak kan? setiap restoran ini kita pasti ianya adalah restoran india muslim... gambar di atas adalah salah satu contoh je... bukan apa-apa pun. cuma aku nak bagi tau semua cuba kita pergi ke restorant mamak... kira mana2 satulah... cuba kita perhatikan ada tak LOGO HALAL?? rasanya tidak ada kan... yang ada cuma setengah je... yang lain cuma berselindung di sebalik INDIA MUSLIM... tapi adakah ianya betul2 halal masakan dan cara yang mereka gunakan juga kadang-kadang kotor... cuba renungkan...

cuba kita imbas...




salah satu keratan akhbar yang telah di keluarkan oleh harian metro tentang restoran mamak celup yang sengaja di katakan halal... tapi ianya berselindung di sebalik perkataan "india muslim" makanan dan sajian yang lain??? adakah ianya menepati tahap halal???? seperti mana yang di keluarkan oleh jakim

Sunday, February 15, 2009

INGIN MENGTAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI LOGO HALAL?

LAWATI WEBSITE INI

http://www.islam.gov.my/portal/

bagaimana kita mentakrif halal dan juga haram???

takrif halal atau makanan ditanggung halal atau sebagainya boleh diertikan seperti berikut:
a. Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b. Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
c. Tidak disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan
d. Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

keraguan logo halal

Keraguan logo halal
Oleh NORAINI ABDUL RAZAK
(Wartawan Utusan)
Penggunaan tanda `Halal' atau `Ditanggung Halal' merupakan petunjuk keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, penyediaan dan penjualan adalah halal untuk orang Islam.Penggunaan petunjuk yang menandakan sesuatu hasil itu halal tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975 dan Perintah Dagangan (Penanda Makanan), 1975.
Bagaimanapun seperti lain-lain perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam yang sentiasa dikaitkan dengan ketidakseragaman, penganugerahan logo halal juga tidak terkecuali.Ini kerana selain logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam negeri-negeri juga berkuasa untuk mengeluarkan label halal untuk digunakan pada produk atau sesebuah premis.
Pengagihan kuasa ini terkandung dalam persefahaman yang dicapai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri-negeri yang antara lain mensyaratkan hanya syarikat tempatan yang mengeluarkan produk untuk pasaran sesebuah negeri sahaja boleh mendapat pengesahan majlis agama Islam negeri berkenaan.
Manakala logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim adalah diguna pakai untuk tujuan import dan eksport serta premis yang mempunyai rangkaian antara negeri-negeri lain di Malaysia. Ini adalah ketetapan bersama yang diputuskan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam kali ke-50 pada 30 Jun 1998. Selain kedua-dua logo itu, terdapat juga pengeluar produk makanan yang mengeluarkan logo halal mereka sendiri, tidak kurang juga restoran-restoran yang mempamerkan perkataan seperti Bismillah menandakan makanan yang mereka jual adalah halal.

Friday, February 13, 2009

logo halal di Malaysia

renung-renungkanlah......

Antara restoran India dan Restoran India muslim(mamak)
Assalamualaikum.

Selaku Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya ingin menerangkan di sini tentang
kewujudan kekeliruan di antara restoran INDIA dan restoran INDIA
MUSLIM (Mamak) di Malaysia.

Seperti yang anda sedia maklum, lewat ini, wujud begitu banyak restoran-
restoran INDIA yang menggunakan nama-nama berunsur Islam dan
Melayu (Sri Pelita dan lain-lain) untuk mengaburi mata pengguna Islam.

Memang tepat dakwaan yang mengatakan bahawa Restoran Lotus dimiliki
oleh orang yang beragama Hindu walaupun makanan yang disajikan saling
tak tumpah seperti makanan orang-orang INDIA MUSLIM.

Menurut pengamatan PPIM, restoran-restoran yang dimiliki oleh orang
beragama Hindu akan dimulakan setiap pagi dengan upacara memecahkan
kelapa dan premisnya akan direnjis-renjiskan dengan air dan sejenis
serbuk.


PPIM telah dimaklumkan oleh pengguna-pengguna Islam bahawa air tersebut
merupakan air kencing lembu dan serbuk itu pula merupakan najis lembu
yang telah dikeringkan. Kadangkala, makanan yang telah siap dihidangkan
turut juga direnjiskan dengan air dan serbuk ini. Mungkin untuk membawa
keberkatan.

Sebagai pengguna-pengguna Islam yang peka, sudah menjadi tanggungjawab
kita bersama untuk membantu perniagaan saudara-saudara seagama kita.
Bukanlah niat PPIM untuk mewujudkan perasaan benci sesama masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun saya berpendapat bahawa
motto "Muslim business comes first" haruslah menjadi amalan kita.